PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN INDERA MAHKOTA (MPIM) DAN PELUNCURAN #IMMASADEPAN

Persidangan Majlis Perundingan Indera Mahkota (MPIM) yang kedua berjalan dengan lancar di Kompleks Dagangan Mahkoya semalam. Antara agenda persidangan adalah pembentangan Kad Laporan Ahli Parlimen IM bagi Setahun Malaysia Baharu, taklimat daripada pegawai Majlis Pembandaran Kuantan dan Ketua Polis Daerah Kuantan, dan juga penubuhan 5 jawatankuasa baru terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan.

Program #IMmasadepan (#IMfutures) juga diluncurkan dalam Majlis tersebut. #IMmasadepan bertujuan untuk membangun industri-industri utama masa depan, iaitu robotik, artificial intelligence dan kemahiran berasas teknologi tinggi. Jawatankuasa kerja juga ditubuhkan untuk memperkasakan usaha-usaha peningkatan kemahiran IT oleh warga IM.

Admin.