Saya dan seluruh warga Kementerian Luar Negeri merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat DiRaja Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri roh Almarhum dengan segala rahmat dan keberkatan seterusnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.