Saya dimaklumkan bahawa gambar saya telah disalahgunakan dalam laman Facebook untuk mempromosi perniagaan tertentu.

Saya dimaklumkan bahawa gambar saya telah disalahgunakan dalam laman Facebook untuk mempromosi perniagaan tertentu.

Hakikatnya, gambar tersebut diambil di satu majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea pada 18hb November 2018. Saya tidak pernah terlibat sama sekali dengan perniagaan tersebut dan menyeru orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan tersebut.

Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk melaporkan kes ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan di laman sosial.