Majlis Perundingan Indera Mahkota (MPIM)

Hari ini bermula sesi pertama Majlis Perundingan Indera Mahkota (MPIM) yang merangkumi pelbagai pemegang taruh, khususnya badan politik/kerajaan, perniagaan dan NGO, dalam proses membuat keputusan dan perlaksanaan untuk pentadbiran dan pembangunan Indera Mahkota.

Majlis ini juga merupakan parlimen akar umbi bagi menyalurkan suara rakyat IM, dilaksanakan atas prinsip-prinsip demokratik, iaitu pemberdayaan, perwakilan, partisipasi dan deliberasi, selaras dengan agenda refomasi dan pembangunan demokrasi yang matang.