Ekoran insiden pengeboman yang berlaku di Bangkok, warga Malaysia yang menetap dan sedang bercuti di Thailand

Ekoran insiden pengeboman yang berlaku di Bangkok, warga Malaysia yang menetap dan sedang bercuti di Thailand diingatkan untuk berhati-hati dan terus mengikuti perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Warga Malaysia digalakkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok ketika berada di Thailand dengan mengemukakan maklumat perjalanan ke mwbangkok@kln.gov.my. Talian kecemasan yang boleh dihubungi adalah +66 87 028 4659.