SIARAN AKHBAR : INSIDEN LETUPAN DI BANGKOK, THAILAND – 2 Ogos 2019

SIARAN AKHBAR : INSIDEN LETUPAN DI BANGKOK, THAILAND – 2 Ogos 2019

Beberapa siri letupan telah berlaku di Bangkok, Thailand pada pagi 2 Ogos 2019 yang mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang awam.

Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang melawat atau yang menetap di Thailand secara amnya dan di Bangkok secara khususnya untuk sentiasa berjaga-jaga dan memberikan perhatian kepada aspek keselamatan peribadi pada setiap masa.

Rakyat Malaysia yang sedang dan ingin melawat atau menetap di Thailand juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui emel atau faks.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok
33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn
Bangkok 10120, Thailand
Tel.: +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (kecemasan)
Fax: +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270
Emel: mwbangkok@kln.gov.my

————————————————————————————————

PRESS RELEASE : EXPLOSION INCIDENTS IN BANGKOK, THAILAND – 2 August 2019

A series of explosions have taken place in Bangkok in the morning of 2 August 2019, injuring at least three civilians.

Thus far, no Malaysians were involved in these incidents.

The Ministry of Foreign Affairs advises Malaysians travelling to or residing in Thailand in general and in Bangkok in particular to remain vigilant and pay close attention to personal safety at all times.

Malaysians travelling to or residing in Thailand are also encouraged to register themselves with the Embassy of Malaysia in Bangkok. The registration can be done either by email or fax.

Malaysians requiring assistance may also contact the Embassy of Malaysia in Bangkok as follows:

Embassy of Malaysia, Bangkok
33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn
Bangkok 10120, Thailand
Tel.: +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (emergency)
Fax: +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270
Email: mwbangkok@kln.gov.my