Merafak Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke atas kekurniaan anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), iaitu bintang kebesaran tertinggi di negara itu yang dikurniakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Lawatan Negara ke Brunei Darussalam merupakan yang pertama oleh Baginda Tuanku setelah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019.