PERBINCANGAN BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN – 23 OGOS 2019

Semalam menghadiri sesi perbincangan bersama pasukan pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan dan agensi berkaitan. Perbincangan tersebut turut dihadiri ADUN Semambu, YB Lee Chean Chung, Penyelaras DUN Beserah, Haji Zulkifli Mohamed dari Parti Amanah Negara (Amanah), serta pimipinan Pakatan Harapan Indera Mahkota.

Perbincangan yang diadakan ini bertujuan untuk mendapatkan langkah-langkah penyelesaian bagi beberapa masalah masyarakat setempat yang telah dikemukakan seperti banjir lumpur di kawasan sekolah Pelindung, menaiktaraf pasar sejahtera Beserah dan menambahbaik fasiliti bagi orang kelainan upaya (OKU). Juga turut dibincangkan adalah langkah penyelesaian isu saliran mukasauk Sg. Beserah.

Peruntukan yang berjumlah RM400,000.00 telah disumbangkan untuk membalikpulih sistem eskalator di Terminal Sentral Kuantan dan juga kerja-kerja menaiktaraf kemudahan awam di Taman Bandar, termasuklah alatan permainan, decking, wakaf serta mercu tanda.

Turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang bernilai jutaan ringgit juga telah diluluskan oleh kerajaan pusat bagi menambahbaik prasarana dalam kawasan Indera Mahkota. Diantaranya menaiktaraf gerai sediada (astaka Beserah), medan selera di Pantai Batu Hitam dan kawasan sekitarnya, serta melebarkan jalan raya dari dua lorong ke empat lorong, bermula dari persimpangan bertingkat jalan pintas Gebeng (Sg Ular) Kuantan ke sempadan Pahang dan Terengganu.

Semoga usaha yang dilakukan ini dapat menyelesaikan isu-isu setempat yang dapat memanfaatkan kehidupan penduduk kawasan Indera Mahkota disamping merancakkan lagi ekonomi tempatan. Pimpinan Pakatan Harapan akan terus bekerja bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan terus-menerus membangunkan kemudahan awam secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif ke arah kemakmuran bersama