Saya merujuk status saya di bawah ini, yang telah dibahaskan oleh teman2. Status tersebut ialah ‘Rakyat Malaysia bebas menyuarakan pendapat tentang isu-isu antarabangsa

Saya merujuk status saya di bawah ini, yang telah dibahaskan oleh teman2. Status tersebut ialah ‘Rakyat Malaysia bebas menyuarakan pendapat tentang isu-isu antarabangsa. Pendapat itu tidak semestinya melambangkan pendirian Kerajaan. Tapi kerajaan menjamin kebebasan mereka untuk bersuara’.

Status ini dipost sebelum tercetusnya isu2 tempatan spt rasis, khat/jawi, Zakir Naik dan sebagainya. Status tersebut tidak berkaitan dgn isu2 tempatan. Seperti yg ditulis, ia merujuk isu2 ‘antarabangsa’. Jadi, ia tiada kaitan dengan isu2 rasis, khat/jawi, Zakir Naik dan sebagainya.

Kebebasan bersuara adalah nilai demokrasi. Setiap orang punya hak bersuara, termasuk dlm perkara2 yang kita tidak bersetuju dengannya. Sbg contoh, semasa saya Tim Menteri KPT, ada mahasiswa datang demonstrasi di depan pejabat saya dan mendesak saya meletak jawatan. Saya tak setuju dengan pendapat mereka. Tapi saya pertahankan hak mereka berdemonstrasi melawan saya.

Tetapi, kebebasan bersuara tidak sama dengan kebebasan menghasut, memaki hamun dan memfitnah. Bermakna, kebebasan ada kaedah dan etikanya. Contohnya, rakyat bebas mengkritik kerajaan. Tetapi, kebebasan itu tidak bermakna boleh menghasut, memainkan emosi hingga mencetuskan huruhara dan sebagainya. Sekiranya ada yang menghasut, maka, tindakan mestilah diambil ke atasnya. Tapi tindakan yang diambil tidak boleh menggunakan Akta Hasutan, kerana ia undang2 yang buruk, yang dalam proses utk dimansuhkan. Tindakan perlu diambil menggunakan undang2 yang lebih baik, contohnya, Kanun Keseksaan.

Saya harap saya telah menjelaskan maksud daripada status tersebut.