Lawatan rasmi ke China hari ini melibatkan perbincangan dengan pemimpin utama kerajaan China.


Lawatan rasmi ke China hari ini melibatkan perbincangan dengan pemimpin utama kerajaan China.

Dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar China H.E. Wang Yi, kami bertukar pandangan dan membincangkan cadangan mengenai kerjasama praktikal antara kedua-dua kerajaan.

Saya juga bertemu dengan Naib Presiden China, H.E. Wang Qishan dan membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju hubungan dua-hala antara Malaysia dan China di bawah kepimpinan PM YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Xi Jinping.

Di samping itu, saya juga berkesempatan bertemu dengan Pengarah Hal Ehwal Luar Negara China, H.E. Yang Jiechi. Pelbagai topik telah disentuh termasuklah sejarah Melaka, hala tuju masa depan Koridor Pengangkutan Laut Darat Antarabangsa, serta cabaran perdagangan antarabangsa dalam zaman globalisasi.

Malaysia dan China bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan agro-komoditi, pemindahan teknologi, isu maritim, serta pembangunan infrastruktur yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara.

Admin