PROGRAM HARI BERSIH SEDUNIA DI PANTAI BALOK

21 September 2019 adalah Hari Pembersihan Sedunia (World Cleanup Day). Sejarahnya dunia mula mengiktiraf hari ini mulai 2008 dan bermula di Estonia. Hari ini lebih dari 168 negara berpartisipasi dalam Hari Pembersihan Sedunia. Malaysia mula sertainya pada tahun 2018.

Tahun ini Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota bersama dalam program ini dengan cara menganjurkan IM Bersih sempena hari tersebut dengan aktiviti pembersihan pantai. Program ini mendapat kerjasama baik dari UMP, POLISAS, SMK Astana dan ImpactLution.

Setiausaha Politik, Encik Mohd Nazri Noh mewakili Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Dato Saifuddin Abdullah melancarrasmikan Program IMBersih di Pusat Rekreasi Pantai Balok. Ahli Parlimen yang juga Menteri Luar Negeri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation General Assembly).

Selama sejam gotong royong, sebanyak 320 kg sampah berjaya dikutip oleh para sukarewan. 977 batang puntung rokok, 606 cawan plastik, 380 botol plastik, 219 penyedut minuman plasti, 33 kotak dan 32 tin minuman antara kutipan kami.

Alam ini anugerah Allah paling indah untuk makluk. Amanah kita sebenarnya untuk memelihara dan memuliharanya. Kita warisi alam ini dari generasi lalu dan kita meminjamkan dari generasi akan datang. Wajar amat pinjaman ini kita kembalikan kepada generasi akan datang sebagai anugerah yang masih indah untuk mereka warisi.