Setiausaha Politik Encik Mohd Nazri Noh mewakili Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Menteri Luar Negeri merasmikan majlis penutupan bengkel teknik menjawab SPM untuk pelajar-pelajar sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota pagi tadi di Pusat Dagangan Indera Mahkota,

Setiausaha Politik Encik Mohd Nazri Noh mewakili Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Menteri Luar Negeri merasmikan majlis penutupan bengkel teknik menjawab SPM untuk pelajar-pelajar sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota pagi tadi di Pusat Dagangan Indera Mahkota, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen IM bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan.

Program ini bertujuan untuk para pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM. Program ini dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan penyertaan 160 pelajar dari 13 buah sekolah menengah. Matapelajaran yang terlibat adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Admin