Pagi ini bersama komuniti Rohingya bersempena Program Jalinan Kasih bertempat di Sekolah Kebangsaan Balok.

Pagi ini bersama komuniti Rohingya bersempena Program Jalinan Kasih bertempat di Sekolah Kebangsaan Balok.

Program ini merupakan anjuran bersama #IMharapan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UMP. Turut serta dalam menjayakan program ini ialah SK Balok, UNHCR, IMARET, Dentistry for The Needy, Kemas dan Giatmara.

Program ini bertujuan untuk mendekati dan memberi bantuan kepada komuniti Rohingya seperti kelas Bahasa Inggeris, pemeriksaan gigi dan kesihatan, agihan basikal terpakai, kelas jahitan, gunting rambut percuma.

Dalam pada itu, ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan kebersamaan masyarakat setempat dengan komuniti Rohingya.

Admin