Jelajah #Imharapan minggu ini dimulakan di SK Air Putih merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan menyampaikan sijil prasekolah dan sijil graduasi tahun 6 2019 kepada pelajar-pelajar SK Air Putih.

Juga singgah di SK Beserah merasmikan Kejohanan Ragbi ‘Beserah Open 2019’, pertandingan dwi tahunan peringkat negeri dengan penyertaan 14 buah pasukan sekolah dari Kuantan, Jerantut, dan Rompin.

Juga berada di SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan menghadiri acara ‘Fun Day Olympic Khas’, anjuran Lions Club Indera Mahkota dan Special Olympics Malaysia Negeri Pahang, melibatkan seramai 200 peserta daripada 14 buah sekolah dalam daerah Kuantan.

Jelajah diakhiri dengan lawatan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan SJK(C) Pei Chai, Indera Mahkota, Kuantan, dimana 3 wakil pelajar menyampaikan ucapan dlm BM, BI & Mandarin. Pasukan tarian SJK (C) Pei Chai juga merupakan Johan dalam pertandingan SJK (C) Pahang Timur 2019 dua minggu lepas.

Admin