PELAN LANGKAH SEMULA EKONOMI INDUSTRI KREATIF (PELAKSANA) MEMPERKASAKAN SEMULA INDUSTRI KREATIF & PERFILEMAN

Melancarkan Pelan Langkah Semula Ekonomi Industri Kreatif #PELAKSANA dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara FINAS Malaysia, Media Prima Berhad, Astro dan TVAlhijrah untuk memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik #Covid19.

#PELAKSANA bertujuan untuk menyegarkan semula industri perfileman dengan memberi suntikan dana kepada penggiat industri sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan melalui 3 skop:
. Dana Kandungan Digital
. Geran Pembangunan Modal Insan
. Pakej Insentif di Bawah Skim Wajib Tayang

Admin