KEMPEN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU MEMPERKASAKAN KOMUNITI MENCEGAH JANGKITAN COVID-19
Kempen Pembudayaan Norma Baharu telah dilancarkan oleh YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kawalan kendiri serta menerapkan nilai dan amalan norma baharu dalam kalangan masyarakat.

Kerjasama padu antara Kerajaan, petugas barisan hadapan dan rakyat telah membuktikan bahawa kita mampu mengurangkan jumlah kes baharu. Norma baharu memerlukan kita tampil diri di barisan hadapan, memastikan kawalan diri dan kepatuhan kepada SOP bagi teruskan usaha membendung pandemik Covid-19.

Logo dan slogan kempen ‘Bersama Hentikan Wabak COVID-19’ hasil ciptaan Mohd Nor Fakihin Aqsa bin Mohd Nor Azam menjadi juara antara 1,137 peserta dan 2,150 logo yang diadili dalam Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen. Tahniah diucapkan!