|Temu Minda KKMM Siri 3|

No Straight Roads’ Dalam Kerjaya Kreatif

Jangan lepaskan peluang mengikuti Temu Minda KKMM bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama personaliti tempatan yang telah mengukir nama di pentas dunia dalam bidang yang semakin mendapat tumpuan di Malaysia iaitu penciptaan permainan video.

Daim Dziauddin, seorang artis konsep Capcom’s Street Fighter V dan Wan Hazmer, pereka permainan video Square Enix dan Final Fantasy V. Kedua-duanya merupakan pengasas bersama Metronomik iaitu pencipta permainan video berelemen budaya Malaysia.

Ikuti perkongsian menarik mereka dalam bidang industri kreatif pada 11 Ogos 2020 (Selasa) pukul 9.00 malam secara langsung di FB KKMM

(https://www.facebook.com/KEMENTERIANKOMUNIKASIDANMULTIMEDIA), Berita RTM, TV1, Bernama TV dan Astro Awani.

Berita_RTM
RTM – Radio Televisyen Malaysia
Bernama TV
Astro AWANI

KKMM

KomunikasiKita