Perbincangan yang produktif sebentar tadi bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, YB Romani Wan Salin.

Antara perkara yang dibincangkan adalah usaha-usaha meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi, program digital dan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti penerangan.