Bersama Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi, YB Datuk Seri Rina Harun menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara KPWKM dan Bank Islam Malaysia bagi kerjasama memperkasakan program kebajikan sosial berasaskan platform ekonomi digital dalam mewujudkan masyarakat pintar.

Kerjasama yang berlandaskan kepada 3K (Keilmuan, kandungan dan Keselamatan Siber) merupakan penggerak utama kepada pembangunan masyarakat pintar dalam membina ekosistem Digital Malaysia.