Berada di Karnival Digital Indera Mahkota sebentar tadi melihat pelbagai pameran seperti e-Sports, perniagaan atas talian, pendidikan jarak jauh dan pertandingan robotik.
Karnival yang berlangsung selama 2 minggu anjuran pejabat Parlimen Indera Mahkota bersama MSD Innovation Sdn Bhd. melibatkan 14 pempamer antaranya MCMC, MDEC, Astro, Polisas Pahang, Pahang GO dan syarikat telekomunikasi bagi menggalakkan penyertaan rakyat dalam pembangunan ekonomi digital.

Turut melancarkan aplikasi Saluran Komunikasi Indera Mahkota (skIM) dalam usaha merapatkan jurang interaksi, komunikasi dan penyaluran maklumat yang tepat bagi kemudahan penduduk Indera Mahkota.

Muat turun : https://play.google.com/store/apps/details…