Tahniah kepada Puspanita Cawangan FINAS Malaysia atas usaha membantu artis drama radio veteran, Pn Supama Perumal dalam program FINAS Prihatin pada 29 Julai lalu. Kediaman beliau didapati berada dalam keadaan uzur dan bumbung atap yang telah sekian lama bocor.

Pada hari ini, Biro kebajikan FINAS di bawah Dato’ Eizlan Yusof dgn kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization & GISB HOLDINGS SDN BHD telah mengadakan sesi gotong royong & memasang awning baru di rumah beliau.

Terima kasih di atas sumbangan dan usaha murni mereka