PELANCARAN KEMPEN BULAN KEBANGSAAN TM

Hari ini melancarkan Kempen Bulan Kebangsaan TM bersama warga TM Group yang bertempat di seluruh Malaysia melalui lintas langsung telepresence.

Mereka juga petugas barisan hadapan yang berkhidmat dalam memastikan negara sentiasa terhubung sewaktu PKP dan pandemik #COVID19.

Sempat bersama saudari Veveonah Mosibin dari Pitas, Sabah melalui video dan mengajak beliau memulakan pertandingan menggalakkan anak-anak muda menghasilkan karya dalam media sosial sempena Bulan Kebangsaan. Selamat maju jaya!