Hari ini turun padang ke Pekan Slim beramah mesra dengan keluarga Amanah Ikhtiar bersama calon saudara Mohd Zaidi, Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Kanan Dato’ Seri Azmin Ali, Menteri Datuk Seri Rina Harun dan ARMADA Bersatu menyantuni peniaga kecil.

Turut singgah di Kampung Hendra dan Kampung Klah Baru meyantuni penduduk setempat dan mendengar cadangan mengatasi masalah banjir dan isu-isu dihadapi mereka.

InsyaAllah, saudara Mohd Zaidi Aziz akan terus membela nasib and mewakili suara penduduk Slim dalam Dewan Undangan Negeri Perak.