Dalam menyambut bulan kebangsaan, kita juga menyambut kejayaan syarikat tempatan Poladrone dalam merekacipta Oryctes, teknologi dron untuk sektor kelapa sawit.

Ketibaan teknologi dron meninggalkan kita hanya 2 pilihan; untuk mengambil bahagian atau ketinggalan zaman.

Ada pelbagai cara untuk kita mengambil bahagian. Pada masa lalu, kita bercakap tentang pemindahan teknologi. Namun pada hari ini, pemindahan teknologi mungkin tidak lagi relevan.

Sudah tiba masanya untuk kita memberi fokus kepada pembangunan teknologi tempatan, iaitu mengadaptasi teknologi sedia ada untuk keperluan tempatan & digerakkan oleh pemain tempatan (contohnya syarikat milik rakyat kita).

Tahniah Poladrone , Futurise , Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) , dan Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).