Menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD), Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) & Sesi Menandatangi MOU FINAS Malaysia – MBOT – Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) di PWTC.

Langkah FINAS mensasar kearah akreditasi untuk pemain-pemain industri perfileman, bersama MBOT dan UiTM merupakan satu langkah yang berani. Sistem akreditasi ini penting untuk perlindungan penggiat-penggiat perfileman, pemberi dana dan ekosistem perfileman itu sendiri.

Melahirkan filem-filem yang berkualiti memerlukan rancangan teliti; latihan & akreditasi merupakan salah satu usaha utk mencapai standard yg tinggi. Hanya apabila kita ada akreditasi, dpt kita lahirkan ‘self-assessment’ dikalangan penggiat2 filem hinggalah kita ada budaya ‘peer-review’.

Syabas FINAS, MBOT dan UITM dan tentunya tahniah saya ucapkan kepada penerima-penerima DKD dan Cek Insentif Tayangan Filem Cereka. Semoga dengan dana ini dapat membantu anda melahirkan karya berkualiti.