Hari ini menyertai konvoi INFO ON WHEELS MERDEKA Jabatan Penerangan Malaysia dan walkabout mengunjungi kedai-kedai sambil mengedarkan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat di Little India Brickfields, Jalan Pasar, dan Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020.

Usai menunaikan solat Asar di Masjid Kg Baru, juga sempat mengedarkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid sebelum menyantuni dan mengedarkan bendera kepada penduduk setempat.

Sebanyak 300,000 Jalur Gemilang telah diedarkan di 2,022 lokasi seluruh negara sejak 28 Julai lalu. Ia merupakan program tahunan sempena sambutan Hari Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan bagi menaikkan semangat patriotik rakyat dan menyemarakkan semangat kibar Jalur Gemilang.

Tarikh 31 Ogos kian tiba, ayuh kita semarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan!