Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan Titah Diraja sempena Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan Hari Kebangsaan 2020, bertitah agar prinsip-prinsip teras Rukun Negara menjadi panduan serta amalan semua pihak termasuk pemimpin negara, kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya bagi menjamin perpaduan dan keamanan negara.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan dalam persekitaran norma baharu namun tetap penuh bermakna kerana diraikan bersekali dengan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara.
Bersama kita terus menyemarakkan semangat kenegaraan dan kibarkan Jalur Gemilang!
Kongsikan karya kreatif, saat terindah sebagai rakyat Malaysia dengan menggunakan #MomenNegaraku.