Berbesar hati menerima kunjungan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor petang tadi di pejabat KKMM membincangkan usahasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah untuk meningkatkan kesalinghubungan internet & kerjasama FINAS Malaysia menghasilkan dokumentari seni budaya & projek kenegaraan tanahair.

KKMM juga mengalu-alukan langkah One Stop Agency dari Kerajaan Kedah dalam memperhalusi isu pembinaan dan kelulusan menara telekomunikasi mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Akses internet harus dilihat sebagai Kemudahan Asas sama seperti air dan elektrik