Bersama skuad sukarelawan Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Kuantan dan penduduk setempat di Sungai Karang pagi tadi.

Saya risau kes denggi yang kian meruncing di 6 kawasan dalam Parlimen Indera Mahkota baru-baru ini, dan akan berkempen rumah ke rumah bagi meningkatkan kesedaran penduduk tentang penjagaan kebersihan setempat supaya bebas denggi.