Alhamdulillah, hari ini bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat tawaran Perumahan Rakyat (PPR) Komuniti Seri Prihatin kepada 25 penggiat industri seni di PPR Lembah Subang 2.

Program bantuan Perumahan Mampu Milik anjuran FINAS Malaysia dengan kerjasama KPKT dan Jabatan Perumahan ini bertujuan membantu dan menjaga kebajikan artis-artis veteran serta mereka yang bekerja di belakang tabir, menghargai jasa mereka dalam industri seni tanahair.