SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020

Hari Malaysia amat bermakna buat kita semua. Ia adalah lambang kedaulatan, keharmonian dan kemakmuran sebuah negara yang kita bangunkan bersama sebagai rakyat berbilang etnik, bahasa, budaya dan agama sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tema #MalaysiaPrihatin melambangkan usahasama utuh antara Frontliners yg berbakti dan berkorban, rakyat jelata yang gigih berusaha disisi Kerajaan yang prihatin dalam menjaga kesihatan, kebajikan dan menjana semula ekonomi ketika negara sedang memerangi #Covid19.
Tarikh 16 September juga mengingatkan kita kepada erti dan pengorbanan yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bersatu padu menempuh setiap cabaran, memerangi #COVID19 dan mengorak langkah ke masa hadapan.

Selamat Hari Malaysia 2020 kepada semua rakyat Malaysia!