Dalam meraihkan perbezaan dan kepelbagaian rakyat Malaysia…

PERSIDANGAN DEWAN NEGARA: TINDAKAN & RANCANGAN KERAJAAN DALAM MENANGANI KES PENGGUNAAN PROFIL PALSU DAN KES BULI SIBER DI MEDIA SOSIAL

PERSIDANGAN DEWAN NEGARA: TINDAKAN & RANCANGAN KERAJAAN DALAM MENANGANI KES PENGGUNAAN PROFIL PALSU DAN KES BULI SIBER DI MEDIA SOSIALMenjawab pertanyaan YB Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair di Dewan Negara pagi tadi mengenai tindakan Kerajaan berkenaan kes penggunaan profil palsu di media sosial, serta rancangan dari segi undang-undang bagi menangani kes buli menggunakan media sosial.Antara tahun 2019 sehingga Ogos 2020, sejumlah 3,224 akaun-akaun yang menyamar/palsu telah disusuli tindakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Daripada jumlah tersebut, 80% daripadanya telah dipadam dengan kerjasama pihak penyedia platform media sosial, selaras dengan terma-terma dan syarat platform masing-masing.Kandungan-kandungan lain adalah berkenaan kandungan yang berunsur buli siber, kandungan berunsur kebencian, dan sebagainya, di mana sejumlah 3,638 pautan (URL) bagi akaun dan kandungan telah dirujuk untuk perhatian dan tindakan lanjut penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Google, Instagram, YouTube dan sebagainya, dan 60% daripadanya telah dipadamkan berdasarkan pelanggaran terma dan syarat perkhidmatan serta piawaian komuniti penyedia platform yang berkenaan. Selain maklumat daripada pengguna media sosial, pihak penyedia platform media sosial seperti Facebook juga turut memantau kandungan serta akaun yang terdapat di platform mereka, dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya kandungan atau akaun yang dimuatnaik bertentangan dengan terma dan syarat serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka. Terdapat beberapa undang-undang sedia ada yang boleh digunapakai untuk menangani kes buli siber menggunakan media sosial pada masa ini, contoh seperti peruntukan di bawah Akta Komunkasi dan Multimedia 1998 (“AKM 1998”), Akta Jenayah Komputer 1997 dan Kanun Keseksaan. Undang-undang ini boleh digunakan oleh pihak penguatkuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan bersama undang-undang sedia ada yang lain, termasuk di bawah perundangan sivil, tertakluk kepada fakta kes.Undang-undang secara umumnya tertakluk kepada semakan (review) secara berterusan, termasuklah AKM 1998. Sekiranya undang-undang sedia ada didapati tidak memadai untuk menangani permasalahan buli siber, undang-undang tersebut boleh dipinda dengan sewajarnya. Dalam membuat pindaan atau membuat perundangan baru, sekiranya perlu, konsultasi awam dan konsultasi dengan pihak berkepentingan akan diadakan bagi memastikan pindaan atau perundangan baru yang dibuat, adalah wajar dan berkesan.Dalam hal ini, pihak Kementerian sedang menjalankan kolaborasi dengan Universiti Multimedia (MMU) untuk menjalankan penyelidikan berkaitan keperluan undang-undang khusus antibuli siber. Sesi libat urus dan perbincangan akan dijalankan dalam mencari jalan dan membangunkan rangka kerja sesuai berhubung mekanisme terbaik dalam menangani isu buli siber ini.

Posted by Saifuddin Abdullah on Isnin, 21 September 2020

Dalam meraihkan perbezaan dan kepelbagaian rakyat Malaysia, titik persamaannya ialah untuk kita bersama-sama memelihara kemerdekaan, kedaulatan, kemakmuran dan keharmonian negara tercinta.

Kesatuan kita sebagai satu pasukan adalah tunjang utama menghadapi setiap cabaran termasuklah berjuang menjaga keselamatan diri dan membudayakan norma baharu dalam memerangi wabak Covid-19.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama menzahirkan kesyukuran dan kebanggaan kita kepada negara tercinta.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-63!

#MomenNegaraku
#MalaysiaPrihatin