PENGUSULAN KERANGA DASAR LUAR MALAYSIA BAHARU

PENGUSULAN KERANGA DASAR LUAR MALAYSIA BAHARU

PENGUSULAN KERANGA DASAR LUAR MALAYSIA BAHARU DILULUS DI PARLIMEN 15HB OKTOBER 2018Semalam di Parlimen, saya mengusulkan supaya hala tuju dasar luar Malaysia baharu seperti yang dinyatakan dalam ucapan YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-73 di New York dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia Baharu.Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu terdiri daripada empat komponen utama, iaitu Garis-garis Besar Haluan Dasar Luar (Ucapan PM di PBB pada 28 September 2018), Memperkasa Kementerian Luar Negeri (KLN), Mempererat Kerjasama Antara Agensi dan Mempertingkat Partisipasi Rakyat. Antara intipati usul adalah: 1. Dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip-prinsip seperti tidak berpihak kepada mana-mana kuasa, berkecuali dan mengamalkan falsafah 'memakmurkan jiran' (prosper-thy-neighbour). 2. Memberi penekanan terhadap hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia termasuk isu Palestin, Rakhine serta perang dagangan antara negara-negara kuasa ekonomi. 3. Menyentuh kepentingan PBB sebagai satu platform utama bagi menyelesaikan isu-isu sejagat dan menyuarakan harapan agar PBB terus memainkan peranan utamanya dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.4. Mengariskan matlamat dan dasar luar Malaysia Baharu bagi menyokong kelestarian perkembangan ekonomi, politik, dan sosial dalam negara. Setelah dibahas oleh 16 Ahli Parlimen, usul tersebut diluluskan tanpa bantahan.Sumber Video: Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=PUHTWYp-c5Q&t=6477s)

Posted by Saifuddin Abdullah on Selasa, 16 Oktober 2018