MESYUARAT PENUBUHAN MAJLIS PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF NEGARA (MPIKN)

Petang tadi bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri mempengerusikan mesyuarat penubuhan Majlis Pembangunan Industri Kreatif Negara (MPIKN) yang turut dihadiri wakil-wakil Agensi berkaitan secara maya.

MPIKN akan berfungsi sebagai satu platform bersepadu bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan industri kreatif serta mewujudkan satu ekosistem yang inklusif, futuris dan bertaraf antarabangsa.

Majlis ini juga akan terdiri daripada tiga peringkat jawatankuasa dan disertai oleh wakil-wakil Kementerian & agensi kerajaan, industri dan swasta.