FORUM EKONOMI KREATIF 2020: FOKUS SENI DAN BUDAYA

Hari ini menghadiri Forum Ekonomi Kreatif 2021: Fokus Seni dan Budaya secara maya bersama ahli panel, penggiat seni serta pemegang taruh industri yang dianjurkan oleh MyCreative Ventures bersama Cultural Economy Development Agency (CENDANA).

Industri kreatif merupakan salah satu sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Pada bulan Julai lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM225 juta menerusi PENJANA bagi membantu penggiat seni serta sektor industri kreatif

Dalam usaha membangunkan ekonomi kreatif, Majlis Pembangunan Industri Kreatif Negara (MPIKN) yang saya pengerusikan bersama Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, YB Dato Sri Hajah Nancy Haji Shukri, serta pemegang taruh dan para penggiat seni akan ditubuhkan dan berfungsi sebagai platform bersepadu bagi merangka hala tuju industri kreatif negara.

Selain pemindaan Akta FINAS 1981, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM juga sedang dalam proses menyediakan Akta Perbadanan Muzik dan mengoptimumkan dana sedia ada dalam usaha memupuk bakat seni baharu dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kreatif tanahair