Semalam menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Semalam menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dan Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM dalam projek penyelidikan bagi mengenalpasti isu-isu hak cipta ekonomi kreatif dan kebajikan penggiat industri kreatif secara maya.

Panel Khidmat Nasihat bagi industri kreatif akan ditubuhkan dan dianggotai oleh UKM dan KKMM, Majlis Pembangunan Industri Kreatif Negara (MPIKN), pemegang taruh, para peguam dan penggiat industri seni bagi memberi khidmat nasihat serta meningkatkan kesedaran hal undang-undang termasuk isu hak cipta, royalti dan hak penggiat seni

Panel ini juga menjemput para penggiat seni industri kreatif untuk mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan isu-isu industri kreatif melalui e-mel hotline di NASIHATKREATIF@KKMM.GOV.MY mulai hari ini.