Semalam berkesempatan meluangkan masa bersama para pemenang pertandingan #Ideas4KKMM dan wakil-wakil agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Semalam berkesempatan meluangkan masa bersama para pemenang pertandingan #Ideas4KKMM dan wakil-wakil agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dalam sesi meja bulat secara maya bagi mendengar idea serta pandangan golongan anak muda negara.

Beberapa idea bernas dibentangkan hari ini adalah berteraskan kepada infrastruktur telekomunikasi, ekonomi digital dan industri kandungan kreatif seperti mata wang digital, sistem pemancar bergerak (mobile tower) di kawasan pedalaman, dan program mahasiswa-karya untuk pelajar IPT.

10 penyertaan terbaik dipilih daripada 817 penyertaan dari seluruh dunia termasuk daripada warganegara Malaysia di Germany & Korea Selatan.

#Ideas4KKMM