Di sekitar sambutan Maulidur Rasul bersama YB Haji Andansura Rabu, Ustaz Dato Haji Badlishah, qariah Sg Karang Pantai dan pelajar tahfiz madrasah Ribat Al-Mustafa di Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Kuantan semalam.
Sempena Maulidur Rasul tahun ini, sebuah pusat e-Dakwah akan ditempatkan di masjid ini untuk kegunaan awam dan melatih warga Indera Mahkota menghasilkan kandungan video seperti tazkirah dan ceramah agama yang berkualiti dalam menyampaikan ibadah dakwah secara digital.