Pihak syarikat telekomunikasi bersepakat menghulurkan sumbangan berjumlah RM6 juta melalui …

Pihak syarikat telekomunikasi bersepakat menghulurkan sumbangan berjumlah RM6 juta melalui Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat-Syarikat GLC & GLIC (GDRN) & Malaysian Coordination & Action Hub (MATCH) menerusi kempen ‘To Malaysia With Love’ kepada petugas barisan hadapan dan rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID19.

Pihak GDRN dan MATCH akan bertindak menyelaraskan sokongan oleh pihak industri telekomunikasi bagi membantu Kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID19.