Merasmikan Persidangan Antarabangsa Komunikasi dan Media ke-7 (i-Come’20)

Merasmikan Persidangan Antarabangsa Komunikasi dan Media ke-7 (i-Come’20) pagi tadi bersama wakil Kementerian, PBB, pihak UUM dan pemegang taruh dalam berkongsi pandangan serta cabaran dalam bidang komunikasi dan media di peringkat global.

Persidangan selama dua hari yang disertai wakil pihak akademik dan professional dari seluruh dunia ini bertujuan mencari pendekatan terbaik bagi merealisasikan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan membuka lebih banyak peluang baru dari segi pembangunan sosial serta ekonomi negara.