Merasmikan pejabat baru Malaysia Hindu Sangam, Kuantan Council

Merasmikan pejabat baru Malaysia Hindu Sangam, Kuantan Council petang tadi sambil menyantuni masyarakat India Indera Mahkota sempena sambutan perayaan Deepavali.

Turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban.

Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota bersama Malaysia Hindu Sangam sedang dalam perbincangan untuk merancakkan lagi aktiviti setempat, seperti menyediakan pusat internet mini bagi kemudahan orang ramai terutamanya masyarakat kaum India di sini.

#IMFutures