Mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) bersama Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Khairy Jamaluddin ….

Mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) bersama Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Khairy Jamaluddin membincangkan peralihan 15 aliran kerja DETF yang akan diselaraskan dengan Majlis Ekonomi Digital & 4IR Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

DETF turut membincangkan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan 2.0 (NESR 2.0) bagi mempercepatkan pertumbuhan penggunaan e-Dagang dan e-Perolehan Kerajaan bagi meningkatkan peluang serta akses penyertaan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).