Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin …

Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berlangsung secara maya bagi mengeratkan kerjasama antara anggota ekonomi APEC dalam pemulihan dan pembangunan ekonomi serantau akibat #COVID19.

Wawasan Putrajaya 2040 APEC dimeterai para pemimpin negara anggota terlibat bagi memastikan komuniti yang lebih terbuka, bersifat dinamik, mampan dan aman menjelang tahun 2040 menerusi 3 komponen utama iaitu pengukuhan perdagangan dan pelaburan, pengembangan inovasi dan digitalisasi serta mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan di rantau Asia Pasifik.