MMU MENJALANKAN KAJIAN BERKENAAN ANTI BULI SIBER

Hari ini mempengerusikan mesyuarat penyelarasan cadangan Akta Anti Buli Siber di mana pihak Multimedia University (MMU) telah membentangkan perkembangan terkini berkenaan kajian undang-undang berkaitan anti buli siber di Malaysia.

MMU telah melaksanakan beberapa siri libat urus dengan pihak berkepentingan serta soal selidik berdasarkan survei yang melibatkan 1,822 responden.

Laporan akhir berkenaan kajian ini dijangka akan siap pada lewat Januari 2021.