PELANCARAN IPORTAL.LIVE SEBAGAI PORTAL PENGETAHUAN EKONOMI ISLAM DIGITAL

iPORTAL Live dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan iportal.live sebagai portal pengetahuan ekonomi Islam digital yang akan mempamerkan maklumat serta menyediakan platform interaksi antara usahawan dan pengguna dalam 10 sektor ekonomi Islam yang bernilai USD $3 trillion

MDEC telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara iPORTAL Live Sdn.Bhd bagi kerjasama dalam melancarkan Portal Pengetahuan Islam yang baru dan akan terus penambah mudah-akses untuk maklumat dan pengetahuan mengenai Ekonomi Islam kepada pengguna, serta memudahkan hubungan dan menggalakkan kerjasama oleh pengguna-pengguna industri tersebar di seluruh dunia.

iPORTAL Live merupakan satu platform global yang akan mempamerkan 10 sektor-sektor Ekonomi Islam yang memberikan kemudahan akses di satu lokasi. Ia akan memulakan perjalanan pengguna dengan menimba ilmu, di bawah Akademi, dimana ia akan kemudian meneruskan ke pilihan Keusahawanan, Pencerahan, Ekonomi Wakaf, Penyelidikan, Tapak Pemasaran dan Peluang Pekerjaan.

Portal baru ini juga akan menyediakan laluan digital untuk kemasukkan dan perhubungan bagi semua sektor-sektor. Sebagai contoh, melalui portal ini, Perkhidmatan Kewangan Islam boleh berhubung dengan Fesyen Bersopan atau Media Islam untuk peluang pembiayaan; Industri Halal boleh berhubung dengan Industri Takaful bagi persoalan mengenai insurans; ataupun sosial impak. Startups yang membolehkan mereka mempamerkan cadangan innovatif untuk menegak Ekonomi Islam.