Terima kasih YB Senator Ras Adiba atas pertanyaan di Dewan Negara. Kementerian sentiasa menggalakkan semua stesen penyiaran utk menyediakan perkhidmatan jurubahasa isyarat, komunikasi alternatif & augmentatif bagi rancangan mereka, selaras dgn Pelan Tindakan OKU 2016-2022.

RTM telah meningkatkan obligasi sosialnya dgn mempelopori perkhidmatan jurubahasa dalam siarannya sejak tahun 1985 dan secara berterusan telah memanfaatkan empat saluran televisyennya bagi memudahkan penonton OKU menikmati perkhidmatan penyiaran, terutama menerusi siaran berita.

Stesen televisyen swasta di Malaysia juga banyak yang sudah mengaplikasikan inisiatif mesra OKU. Untuk meningkatkan komitmen & pelaksanaan komunikasi, kami di KKMM mulai bulan Januari 2021 akan memulakan Unit Komunikasi OKU.

Augmentative Alternative Communication (AAC) merupakan perkhidmatan yang menyokong komunikasi golongan yang mempunyai lebih daripada satu cabaran kelainan upaya. Perkhidmatan berkenaan sudah mula sedikit sebanyak digunakan di RTM.