Walaupun negara berdepan situasi sukar sepanjang 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19, pembelaan dan kebajikan terhadap warga Orang Kurang Upaya (OKU) tidak diabaikan.

Untuk meningkatkan komunikasi dua hala and kaedah penyampaian maklumat khususnya kepada warga OKU, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM akan memulakan Unit Komunikasi OKU mulai Januari 2021.