DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) MUZIK BANTU PENGGIAT MUZIK TANAH AIR KEKAL BERKARYA

Seramai 48 penggiat muzik telah menerima tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik hari ini.

DKD Muzik bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan selain memberikan suntikan semangat agar para pemuzik tanahair dapat terus berkarya dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi ketika negara menghadapi pandemik #COVID19.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM mengalu-alukan penggiat seni muzik untuk menghantar permohonan DKD Muzik yang akan mula dibuka awal tahun 2021. Sebarang pertanyaan mengenai DKD Muzik boleh diajukan melalui emel ke alamat dkdmuzik@kkmm.gov.my.