Setinggi tahniah dan syabas diucapkan buat anak jati Pahang, Datuk Seri Siti Nurhaliza ….

Setinggi tahniah dan syabas diucapkan buat anak jati Pahang, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal menjadi penggiat seni Malaysia pertama diabadikan di Walk of Fame Adelaide, Australia dan berterusan menempa nama selama 25 tahun di dalam persada seni muzik.

Beliau terpilih setelah memecahkan rekod undian dalam talian bagi kategori pilihan ramai Adelaide Festival Centre. Kejayaan ini sememangnya satu pengiktirafan kepada karya dan perjalanan seni beliau di pentas antarabangsa.