Pagi ini melawat mangsa banjir di SK Galing, SK Pelindung dan SK Beserah yang beroperasi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Pagi ini melawat mangsa banjir di SK Galing, SK Pelindung dan SK Beserah yang beroperasi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mendengar luahan hati serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Di sebelah petang, turut menziarah warga IM yang terkesan serta meninjau operasi bantuan yang sedang giat dijalankan di PPS SK Sg Karang, SK Kg Padang dan Dewan Orang Ramai Balok.

Alhamdulillah, semua mangsa yang terkesan akibat banjir kini dalam keadaan selamat dan terkawal. Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) serta agensi-agensi yang terlibat akan memantau perkembangan mengenai bencana ini dari semasa ke semasa.